Thursday, August 8, 2019

Running here & there

Life is so unfair sometimes just because i set the wrong decision at the beginning, its goes to the wrong direction at the end. 

Then i realized, No! Nothing is WRONG. It is a process of being success. But I'm asking myself, can i do this? How long can i survive in this situation? We both stuck! Hutang kiri kanan atas bawah semua memang level nak gantung diri je. Aku sampai menangis2 merayu kat abang yang kutip hutang MARA tu. That's why i decided to work. Part time job maybe? So that aku still boleh bagi tumpuan for my lil family especially my angel Medina.

Nak setup business ni is not easy, capital kene ade. Any business pun nak kene ade modal. Jangan cakap kedai makan, studio rehearsal angan2 laki aku tu pn dah tak nampak bayang dah time ni. Dalam kepala berselirat sungguh when it come to capital. Tiap kali nk kumpul duit, alih2 eh terpakai pulak bayar itu ini, maintenance kereta lagi dan macam2la. Dalam hal ni, aku rase aku pn banyak spend. Bukan pergi shopping ke ape pun tak, memang dah lama rasenye tak pergi shopping dan jalan2 semua tu, cuma kadang2, entahla banyak memberi kot. Even kadang2 memang duit xde pun, orang mintak tlong, bagi jela ape yang ade. 

Jadi aku memang kene bekerja, aku kene cari business yang tak keluar modal kasar sangat, dalam masa sama aku ade mase untuk anak dan suami aku. Kire flexible time and income la. Guess what? Aku jumpe business tu, memang wujud. Tinggal nak pergi belajar dan apply je.

First skali, aku buat INSURANS under TAKAFUL IKHLAS. Its an easy money i can say, but yet aku blajar tak habis. Tak sampai sebulan lepas aku belajar how this insurans works ni, aku terjumpe pulak business UNIT TRUST under PUBLIC MUTUAL. Not only that babe, my position is basically under the guardian of  MOTHER in UNIT TRUST, ELLY BILLIONAIRE! Damn it! It is so real! 

I was a bit nervous and blur pada masa tu. Yelah giler kau, unit amanah ni bukan bidang aku, belajar dgn orang paling power pulak tu, selain rase bersyukur, aku takut gak ar. i know nothing, zero. Jauh betul kesesatan aku ni tapi tulah,dah kau mintak direction keje senang dan flexible time, Allah tunjuk jalan satu satu lah. Kau tinggal nak pilih je. Aku buat unit trust. Ape jadi dengan insurans aku? Tersadai. Tapi mase tu dalam kepala aku, ahhh insurans ni senang je. Boleh buat menyambil sekali jalan dengan unit trust aku ni nanti. hehehe.

THEN.....REAL STORY BEGIN......
WILL CONTINUE IN MY NEXT POST..

Thursday, March 15, 2018

Letter to my husband.

Dear husband,

You are the most perfect human to me with a beautiful heart. You has done a lot for me and our kid. Theres nothing can beat your spirit and no one can ever win my heart unless the person is you.

But I have a few things in my head that i keep thinking every single day sayang.

1) I have a parents and they are not rich. Mak struggle setiap hari bekerja. Ayah pula dh kurang dapat job semenjak dia sakit. Sy sepatutnye tolong ringankan beban mereka. Setiap kali balek kampung malu rasenye bile tak dapat hulur wang saku kt tgn mereka dan setiap kali balek tu la sy rase serba salah dan segan muke. Nk mintak awak sy tahu mak ayah awk pn bukan org senang. Hmm.

2) Nama sy dh di senarai hitam oleh pihak Mara. Sejumlah wang bernilai 54 ribu yg telah diberi pinjam oleh pihak mereka belum satu sen pn sy pulangkan lagi. Waran tangkap dh keluar. Barangkali tak lama lagi ke dalam lah agaknye isteri awak ni.

3) Cita2 sy adalah utk merealisasikan impian awak tp setiap kali sy cuba utk meletakkan urgency dlm sesuatu proses tu, setiap kali tu jgkla awak menolak. Bukan sy tak sabar, cuma sy xnk mase tu terbazir dgn hanya menunggu tanpa sebarang tindakan.

4) Bile sy mula tak sabar dgn keadaan menunggu yg lama tu, sy jd nekad utk cipta plan lain pula iaitu dgn menggunakan keupayaan dan kepakaran sy utk memasak. Berkobar2 rasenye nk kongsi idea dgn awak. Maka lahirlah idea utk setup kedai makan seumpama cita2 sy sblm kenal awak. Hmm. tp sayangnya sy tidak mendapat sokongan penuh dr awk krn awk merisaukan keadaan sy dan anak kite nt.

5) Anak kite semakin membesar, esok lusa nk sekolah pula. Tambahan sy bercita2 tinggi utk mendapatkan sekolah yg terbaik utk anak kite. Kos pastinya agak mahal. Entah setahun dua nanti tertambah anak lagi. Maka kos bertambah lagi. Dr point no 1 smpai 3 kt atas ni dh cerita hal duit, tambah lg point yg ni, fahamilah duit mmg puncanya. Duit tak mampu dibawa ke kubur sy faham tu tp sementara masih hidup ni itulah putarannya. Duit. Duit. Duit. Kite kene jd kaya. Kite kene banyak duit supaya satu hari nt kite dapat tolong diri kite. Tolong keluarga kite. Tolong org disekeliling kite. Tolong siapa2 yg lebih memerlukan kite.

Kejam sgt ke permintaan sy ni?
Hmmm. Maafkan sy andai coretan ni mengguris hati awak. Sesungguhnye sy tak mampu berdepan dgn awk utk membincangkang hal ini lg.

Your truly wife
Ilamohdkasim

Tuesday, February 6, 2018

Aku yg kini seorang Isteri Dan ibu

Assalamualaikum.

Mashaallah, aku kini bergelar seorang Isteri, malah diangkat menjadi seorang ibu.
Apa patut aku ucapkan selain rase syukur ke hadrat Allah swt yg telah mengizinkan jodohku bersama dia. Syukur Alhamdulilah. Sekelip mata rase kebal dihatiku, ego didadaku berubah menjadi lemah dgn kelebihan yg ada pdnya.

Tengok Tuhan punya magic kan. Siapa sangka kami telah pn sah menjd suami isteri pd 26 Nov 2016 lepas. Padahal dia bukan org ada2. Tak pula punya harta dan rupa tp kuasa Allah tu tak tersangkal dek akal. Klu Jadi, Maka jadilah Dan hari itu tetap indah. Terima kasih mak ayah yg memberi izin pd aku Dan suami walau berat hati mereka melepaskan anaknya.



Masih terngiang dlm kepala aku dgn angka 20k yg ayah sebut sebut kalau mahu kawin. Allahu akbar. Mane mahu cari? Bakal suami ku hanya pemain alat muzik. Gajinya pn cukup2 makan, malah tidak tetap. Harini ade, esok belum tentu. Bulan ni ade, Bulan depan belum tentu.

Aku pula yg mase tu sedang giat berniaga mencari berbagai helah utk meneruskan hubungan krn aku tahu kekuatan aku adalah kekurangan dia. Kekurangan aku adalah kekuatan bg dia. Aku tak henti membuat Dan mencari apa yg patut aku lakukan sampai suatu saat, aku berhenti berniaga krn ada yg beranggapan aku menyara bakal suami ku. Seolah olah aku berkongsi mewah dgnnya. Umpama dia tidak bekerja atau sekadar bermain alat muzik yg tiada masa depan.

Aku sedar langkah yg diambil Sgt mengguris hati semua pihak terutama sekali emak Dan ayah yg melahir Dan membesarkan aku dgn penuh kasih sayang tanpa cacat cela. Begitu juga adik beradik Dan kawan2ku, ada yg setuju, ade juga yg menolak keputusan ku tp aku tetap melangkah dgn penuh yakin.

Sebelum aku membuat keputusan, aku dgn tegasnya meminta bakal suami ku utk membentangkan cita2 Dan perancangannya. Bagaimana ekonomi rumahtangga utk masa depan kami bersama. Takdelah aku mempig buta menonong mcm lembu kene cucuk. Ini kan soal mase depan chuolss. Jgn nk main tangkap cintan mengikut hawa nafsu bodoh semata.

OK, sambung.....

Dia yg ketika itu tidak pandai berbicara tentang duit, terpinga2 krn perbincangan soal masa depan kami tu hanya dalam telifon. Aku minta dia utk cari pensil Dan kertas supaya dia boleh buat kira2 sekali dgn ku.

Aku gelarkan dia dgn gelaran Am. Senang korang nk paham. Okay?

Am beritahu aku, cita2nya adalah untuk memiliki sebuah rehearsal studio. Aku yg ketika itu bengap tahap zero tentang music industry ni jd terpinga2. Rehearsal studio? Mende ape tu? Jamming studio Aku taula. OK, xpe. Yg penting mcm mane dia nk generate utk dapatkan income melalui studio tu.

Maka bermulalah kelas mathematics tambah tolak darab bahagi, semua keluar. Aku duk mintak Am kire rate sejam utk sewa rehearsal studio tu berapa, sehari at least kene ade berapa jam, sebulan berapa banyak slot kene target supaya lepas bayar duit sewa studio, api air Dan sbgnya. Itu baru kire tang sewa. Belum untung bersih lg. Berapa ribu pula nk target sebulan utk ade keuntungan supaya boleh rolling Dan biakkan duit.

Nk pecahkan otak Am bukanlah sesuatu yg senang tau tp utk kembangkan lg idea, He's very good you know. Dia buat aku yakin yg dia ada hala tuju. Dia ada cita2. Dia firm dgn diri dia dan dia ade ciri2 yg aku cari utk menjadi seorang suami kpd Nurul Fiziela ni. Dia ade! Org kata do not judge the book by its cover kan. Ha, tulah dia. No one can see it but Allah has open my heart, and I can see through my eyes.

Dah, Jgn tanya lebih2, sb aku sendiri tak boleh jwb. Dia mcm,,,,, ahhh. Adelah! I know him better than you, tu je. Nt kalau kau tahu, kau terniat pulak curi laki aku pulak sb kelebihannya tu tak semua wanita lihat ia sbg kelebihan. Org duk pandang dia hitam hodoh je mse tu. Ehh. Tp skrg dah segak sket dah. Aku pulak yg mcm mak bedah. OK! Enough. Drama sgt. OK, kt mn kita td?

Hmm. Ok. Betul. Kt situ lah baru aku sedar we just need each other. Dia product, aku penjual. Cita2 aku drpd menjadi seorang chef tu bertukar menjadi seorang yg nk merealisasikan impian dia. Entah, Dr mn dtg kekuatan tu pn aku tak tahu. Aku nekad keluar Dr rumah keluarga ku utk hidup sendiri semata2 nk duga tahap mane dia mampu sara hidup aku tanpa aku bekerja.

Gila kan? Mmg gila. Gaji dia mase tu kira2 Rm750 sebulan utk sara kami berdua. Time makan dia jemput aku kt rumah, lepas mkn dia hantar aku balek. Slalu gak sesak2 dulu makan nasi bujang kongsi dua. Aku merasa susah tu dgn dia. Kadang rase mcm nk tewas tp ku gagahkan tanpa pengetahuan mak ayah yg anak dia mmg tgh susah. Takkan nk mengalah kot kan? Haha. We have to prove them wrong. We can do it!

Padahal tgok KFC, mekdi mcm mashaallah sesapnye klu dpt makan. Haha. Sumpah weh aku xtipu. Kitorang susah tahap nk pegi mn pn xde duit dh sb payment Am pending. Susah. Aku nk keje utk sama2 survive tp leka duk bergaduh je pulak dh. Hilang focus. Makin kelaut. So, aku quite. Kami berdua tahu susah dulu tu mcm mane. Hidup pn menumpang ihsan orang. Dasyat wei. Lagi seminggu nk kawin duit hantaran tak cukup. Kau rase? Sumpah tak lawak.

Tp bile dh lepas fasa tu, Dan kami kini bergelar mak abah, baru aku faham, ayah ki yg dulunya aku rase kejam seolah2 menjual anak adalah seorang insan yg paling menyayangi anak perempuannya. Dia telah melakukan sesuatu yg Sgt betul. Ayah cuma taknak anaknya susah. Ayah cuma nk yg terbaik utk anaknya, tambahan pulak anak perempuan. Ayah betul2 telah membuktikan betapa ayah Sgt menyayangi aku. Berdosanya aku pd ayah Dan emak. Mane mungkin Tuhan ampunkan dosa ku😭😭😭

Tp mungkin kerana susahnya dugaan kami nk berkahwin dulu buatkan kami lebih utuh skrg. Tambahan pula dgn hadirnya seorang bidadari anugerah terindah buat kami. Mashaallah.




Walau apapun rintangannya kami tetap akan meneruskan liku2 kehidupan ni bersama inshaAllah. Doakan aku utk terus kuat. Doakan suamiku utk terus sihat demi gagah melangkah mencari rezeki. Doakan anakku membesar dgn sihat Dan cerdik pandai. Aku kan selalu ade utk mereka. Semoga perjuangan kite xkan pernah sia2.

Rehearsal studio is coming soon walau berapa lama pn masa yg diambil. Doakan kami. InshaAllah. 

Amin.

Terima kasih mak ayah,
Terima kasih suamiku,
Terima kasih Tuhanku.

Salam.

Friday, October 7, 2016

LIRIK LAGU KATAMU - LUNA

Masih ku rasa dekat denganmu
Bila terjaga aku dari tidur
Sudah lama aku menunggu waktu
Tidak percaya kau muncul semula

Tak ku sanggup kau terluka bila melihat dia
Kerana ku tahu kau tak upaya
Tak terdaya aku beri padamu sempurna
Izinkan ku tunjuk kepadamu

huuuuu..ooooo

(C/O)
Ku ikut katamu, jauhkan ku dari dia
Kerna ku tak mahu dia pisahkan kita
Dan walau berjuta, halangan yang ku terima
Yang aku mahu bersama dirimu

Selamanya........
(katamu selamanya..3x)

Curiga telah berlalu, mungkin tak pernah tahu
Hanya cebisan nukilan dan perasaan
Tak ku rela, hancur cerita kau dan aku..

Repeat (C/O)

Thursday, August 20, 2015

MOTOsikal & PEPATUNG

Assalamualaikum.
Aiseyy.
Harini wa rempit hoi.
Rempit dgn boypreng.
Huhu.
Bapak ah!
Mcm segan pulak nk nyebut gelaran tu eh. Gediknyew. Hehe.
Sebetulnya gini, aku cume mahu kongsi.
Yg nampak dimata kasar itu, aku menaiki sebuah motorsikal.
Dan yg xternampak dimata kasar tp jelas terasa dimata hati ni adelah seekor mahluk ciptaan Tuhan. Sama wataknye seperti Mika yg fhm bahasa aku. Hmm.
Bagaimana mahu aku kongsi kan gambaran itu pada kalian yer? Takut tak terbayang betapa indah perasaan tu. Allahu akbar. Ajaib. Aku bertnya pd teman jiwaku, adakah kau lihat apa yg berlaku. Lalu die cepat mendapatkan camera utk direkod. Di seketika itu, aku rase Tuhan pengirimkan aku sesuatu dan bukan sekadar seekor teman baru.
Dahulu, aku lihat die hanya seekor binatang. Berbeza pd kali ini. Belang hijau badannya bertampuk dua. Matanye yg unik memandang ke arah ku. Sayap yg memboleh die terbang td terhenti setempat memerhatikan aku. Dan kemudian aku panggil die ke mari dekat pd ku. "Come darling, im not gonna hurts you. I'm not gonna kill you. I know you feel me. I know God is actually sending you to me. Come." Setelah die membuat pemeriksaan ke atas diriku, lalu die hinggap dijemari kiri. Aku terkedu, jiwaku rase begitu indah, begitu dkt dgnnya. Kami berbual bahasa hati, hnya kami yg tahu. Malangnya disaat camera sampai, die pergi tinggalkan kami. Aku punya seorang saksi yg melihat kejadian itu. Rezeki Allah bukan hnye pd wang ringgit ttp kenangan dan perasaan jiwa yg sempurna.
Aku, kau, Dia dan pepatung
Terima kasih Tuhan.
Aku bersyukur atas kiriman.
Terima kasih Tuhan.
Kau telah beri dan kau izinkan.
Love,
NFK

Tuesday, August 18, 2015

Soalan untuk fynn jamal

Assalamualaikum kokpin.
Name sy fiziela kasim. Saya ade beberapa soalan untuk akak. Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah atas kejayaan showcase pertama fynn jamal yg berlansung di KLpac kelmarin bersama koboi2nya. Soalan saya adalah seperti berikut.
1 ) Dalam satu hari, berapakah anggaran total notification acc2 akak. Cthnye acc Instagram, Facebook, Twitter, We chat, Youtube and so on. Bagaimana pula akak bahagikan mase utk jwb soalan2 dan comments dr followers akak? Seperti yg kite tahu, kekadang comments tu pelik2, menyakitkan hati pn ade. Yelah. Bukan semua org faham ape yg kite cube sampaikan. Kan? Nt tak balas meroyan pulak masing2 tak kene layan. Padahal nk skrol noti pn dh tak terskrol dah. Kerja lagi. Anak lagi. Suami lagi. Mcm mana tu?
2 ) Saya kenal akak hanya dalam lagu yg akak sampaikan ke jiwa saya. Tak tahulah sama ada akak sendiri yg melaluinya atau org lain. Klu org lain maksudnya akak betul2 faham perasaan org tu dan kalau akak sendiri yg melaluinya, saya nk tanya akak, siapa yg buat "wake up" call kt akak lepas sekian lamanya hidup rase tersial seolah tak memakna apa, seoalah tak menginginkannya, seoalah tak.pernah. Dikutipku bila sudi di bila tidak dibiar mati dan lebih menyakitkan ku tetap tunggu ditepi jalan. Eeee. Geram aih lirik tu. Ayaq mata ni merebeh ja. Sape kak sape? Saya nk sgt tahu siapa dan apa kata2 dia yg membuatkan akak bangkit dan melawan pakai otak yg sgt bijak.
3 ) Sejak bila akak plan nk ceburi bidang perniagaan. Adakah sebelum atau selepas kawen dan pula siapa tokoh handalan yg guard akak soal perniagaan?
4 ) Siapa pula yg master dlm ekonomi rumahtangga. Maksudnya money flow in and out semua tu. Akak ke bongtri?
5 ) Jika dibezakn umur, akak jauh lebih tua dr bongtri, dan karekternya pula dulu sbg pemandu lori telur. Eh, ye ke? Hee. Mcm penah Terbace statement tu kt ig akak. Jd, apa yg membuatkan akak  memandang die sbg bakal seorang suami dan percaya die boleh bersusah senang dgn akak pada masa hadapan. Tang mane tu kak? Tang tahi lalat kah? Hee.. Ni soalan peribadi sikitlah. Kalau akak taknak jwb pn xpe tp klu akak sudi jwb, sy paling bahagia skali kak. Sesob sob. Haha :)

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum..


Ya habibi ya maulana,
Ramadhan ini kita berjumpa,
Semoga yg baik dapat kita contohi.
Yang buruk dapat diperbaiki.
Salam Ramadhan al mubarak utk semua.





























Isnin
Iftar
22.6.15