Thursday, March 15, 2018

Letter to my husband.

Dear husband,

You are the most perfect human to me with a beautiful heart. You has done a lot for me and our kid. Theres nothing can beat your spirit and no one can ever win my heart unless the person is you.

But I have a few things in my head that i keep thinking every single day sayang.

1) I have a parents and they are not rich. Mak struggle setiap hari bekerja. Ayah pula dh kurang dapat job semenjak dia sakit. Sy sepatutnye tolong ringankan beban mereka. Setiap kali balek kampung malu rasenye bile tak dapat hulur wang saku kt tgn mereka dan setiap kali balek tu la sy rase serba salah dan segan muke. Nk mintak awak sy tahu mak ayah awk pn bukan org senang. Hmm.

2) Nama sy dh di senarai hitam oleh pihak Mara. Sejumlah wang bernilai 54 ribu yg telah diberi pinjam oleh pihak mereka belum satu sen pn sy pulangkan lagi. Waran tangkap dh keluar. Barangkali tak lama lagi ke dalam lah agaknye isteri awak ni.

3) Cita2 sy adalah utk merealisasikan impian awak tp setiap kali sy cuba utk meletakkan urgency dlm sesuatu proses tu, setiap kali tu jgkla awak menolak. Bukan sy tak sabar, cuma sy xnk mase tu terbazir dgn hanya menunggu tanpa sebarang tindakan.

4) Bile sy mula tak sabar dgn keadaan menunggu yg lama tu, sy jd nekad utk cipta plan lain pula iaitu dgn menggunakan keupayaan dan kepakaran sy utk memasak. Berkobar2 rasenye nk kongsi idea dgn awak. Maka lahirlah idea utk setup kedai makan seumpama cita2 sy sblm kenal awak. Hmm. tp sayangnya sy tidak mendapat sokongan penuh dr awk krn awk merisaukan keadaan sy dan anak kite nt.

5) Anak kite semakin membesar, esok lusa nk sekolah pula. Tambahan sy bercita2 tinggi utk mendapatkan sekolah yg terbaik utk anak kite. Kos pastinya agak mahal. Entah setahun dua nanti tertambah anak lagi. Maka kos bertambah lagi. Dr point no 1 smpai 3 kt atas ni dh cerita hal duit, tambah lg point yg ni, fahamilah duit mmg puncanya. Duit tak mampu dibawa ke kubur sy faham tu tp sementara masih hidup ni itulah putarannya. Duit. Duit. Duit. Kite kene jd kaya. Kite kene banyak duit supaya satu hari nt kite dapat tolong diri kite. Tolong keluarga kite. Tolong org disekeliling kite. Tolong siapa2 yg lebih memerlukan kite.

Kejam sgt ke permintaan sy ni?
Hmmm. Maafkan sy andai coretan ni mengguris hati awak. Sesungguhnye sy tak mampu berdepan dgn awk utk membincangkang hal ini lg.

Your truly wife
Ilamohdkasim

Tuesday, February 6, 2018

Aku yg kini seorang Isteri Dan ibu

Assalamualaikum.

Mashaallah, aku kini bergelar seorang Isteri, malah diangkat menjadi seorang ibu.
Apa patut aku ucapkan selain rase syukur ke hadrat Allah swt yg telah mengizinkan jodohku bersama dia. Syukur Alhamdulilah. Sekelip mata rase kebal dihatiku, ego didadaku berubah menjadi lemah dgn kelebihan yg ada pdnya.

Tengok Tuhan punya magic kan. Siapa sangka kami telah pn sah menjd suami isteri pd 26 Nov 2016 lepas. Padahal dia bukan org ada2. Tak pula punya harta dan rupa tp kuasa Allah tu tak tersangkal dek akal. Klu Jadi, Maka jadilah Dan hari itu tetap indah. Terima kasih mak ayah yg memberi izin pd aku Dan suami walau berat hati mereka melepaskan anaknya.



Masih terngiang dlm kepala aku dgn angka 20k yg ayah sebut sebut kalau mahu kawin. Allahu akbar. Mane mahu cari? Bakal suami ku hanya pemain alat muzik. Gajinya pn cukup2 makan, malah tidak tetap. Harini ade, esok belum tentu. Bulan ni ade, Bulan depan belum tentu.

Aku pula yg mase tu sedang giat berniaga mencari berbagai helah utk meneruskan hubungan krn aku tahu kekuatan aku adalah kekurangan dia. Kekurangan aku adalah kekuatan bg dia. Aku tak henti membuat Dan mencari apa yg patut aku lakukan sampai suatu saat, aku berhenti berniaga krn ada yg beranggapan aku menyara bakal suami ku. Seolah olah aku berkongsi mewah dgnnya. Umpama dia tidak bekerja atau sekadar bermain alat muzik yg tiada masa depan.

Aku sedar langkah yg diambil Sgt mengguris hati semua pihak terutama sekali emak Dan ayah yg melahir Dan membesarkan aku dgn penuh kasih sayang tanpa cacat cela. Begitu juga adik beradik Dan kawan2ku, ada yg setuju, ade juga yg menolak keputusan ku tp aku tetap melangkah dgn penuh yakin.

Sebelum aku membuat keputusan, aku dgn tegasnya meminta bakal suami ku utk membentangkan cita2 Dan perancangannya. Bagaimana ekonomi rumahtangga utk masa depan kami bersama. Takdelah aku mempig buta menonong mcm lembu kene cucuk. Ini kan soal mase depan chuolss. Jgn nk main tangkap cintan mengikut hawa nafsu bodoh semata.

OK, sambung.....

Dia yg ketika itu tidak pandai berbicara tentang duit, terpinga2 krn perbincangan soal masa depan kami tu hanya dalam telifon. Aku minta dia utk cari pensil Dan kertas supaya dia boleh buat kira2 sekali dgn ku.

Aku gelarkan dia dgn gelaran Am. Senang korang nk paham. Okay?

Am beritahu aku, cita2nya adalah untuk memiliki sebuah rehearsal studio. Aku yg ketika itu bengap tahap zero tentang music industry ni jd terpinga2. Rehearsal studio? Mende ape tu? Jamming studio Aku taula. OK, xpe. Yg penting mcm mane dia nk generate utk dapatkan income melalui studio tu.

Maka bermulalah kelas mathematics tambah tolak darab bahagi, semua keluar. Aku duk mintak Am kire rate sejam utk sewa rehearsal studio tu berapa, sehari at least kene ade berapa jam, sebulan berapa banyak slot kene target supaya lepas bayar duit sewa studio, api air Dan sbgnya. Itu baru kire tang sewa. Belum untung bersih lg. Berapa ribu pula nk target sebulan utk ade keuntungan supaya boleh rolling Dan biakkan duit.

Nk pecahkan otak Am bukanlah sesuatu yg senang tau tp utk kembangkan lg idea, He's very good you know. Dia buat aku yakin yg dia ada hala tuju. Dia ada cita2. Dia firm dgn diri dia dan dia ade ciri2 yg aku cari utk menjadi seorang suami kpd Nurul Fiziela ni. Dia ade! Org kata do not judge the book by its cover kan. Ha, tulah dia. No one can see it but Allah has open my heart, and I can see through my eyes.

Dah, Jgn tanya lebih2, sb aku sendiri tak boleh jwb. Dia mcm,,,,, ahhh. Adelah! I know him better than you, tu je. Nt kalau kau tahu, kau terniat pulak curi laki aku pulak sb kelebihannya tu tak semua wanita lihat ia sbg kelebihan. Org duk pandang dia hitam hodoh je mse tu. Ehh. Tp skrg dah segak sket dah. Aku pulak yg mcm mak bedah. OK! Enough. Drama sgt. OK, kt mn kita td?

Hmm. Ok. Betul. Kt situ lah baru aku sedar we just need each other. Dia product, aku penjual. Cita2 aku drpd menjadi seorang chef tu bertukar menjadi seorang yg nk merealisasikan impian dia. Entah, Dr mn dtg kekuatan tu pn aku tak tahu. Aku nekad keluar Dr rumah keluarga ku utk hidup sendiri semata2 nk duga tahap mane dia mampu sara hidup aku tanpa aku bekerja.

Gila kan? Mmg gila. Gaji dia mase tu kira2 Rm750 sebulan utk sara kami berdua. Time makan dia jemput aku kt rumah, lepas mkn dia hantar aku balek. Slalu gak sesak2 dulu makan nasi bujang kongsi dua. Aku merasa susah tu dgn dia. Kadang rase mcm nk tewas tp ku gagahkan tanpa pengetahuan mak ayah yg anak dia mmg tgh susah. Takkan nk mengalah kot kan? Haha. We have to prove them wrong. We can do it!

Padahal tgok KFC, mekdi mcm mashaallah sesapnye klu dpt makan. Haha. Sumpah weh aku xtipu. Kitorang susah tahap nk pegi mn pn xde duit dh sb payment Am pending. Susah. Aku nk keje utk sama2 survive tp leka duk bergaduh je pulak dh. Hilang focus. Makin kelaut. So, aku quite. Kami berdua tahu susah dulu tu mcm mane. Hidup pn menumpang ihsan orang. Dasyat wei. Lagi seminggu nk kawin duit hantaran tak cukup. Kau rase? Sumpah tak lawak.

Tp bile dh lepas fasa tu, Dan kami kini bergelar mak abah, baru aku faham, ayah ki yg dulunya aku rase kejam seolah2 menjual anak adalah seorang insan yg paling menyayangi anak perempuannya. Dia telah melakukan sesuatu yg Sgt betul. Ayah cuma taknak anaknya susah. Ayah cuma nk yg terbaik utk anaknya, tambahan pulak anak perempuan. Ayah betul2 telah membuktikan betapa ayah Sgt menyayangi aku. Berdosanya aku pd ayah Dan emak. Mane mungkin Tuhan ampunkan dosa ku😭😭😭

Tp mungkin kerana susahnya dugaan kami nk berkahwin dulu buatkan kami lebih utuh skrg. Tambahan pula dgn hadirnya seorang bidadari anugerah terindah buat kami. Mashaallah.




Walau apapun rintangannya kami tetap akan meneruskan liku2 kehidupan ni bersama inshaAllah. Doakan aku utk terus kuat. Doakan suamiku utk terus sihat demi gagah melangkah mencari rezeki. Doakan anakku membesar dgn sihat Dan cerdik pandai. Aku kan selalu ade utk mereka. Semoga perjuangan kite xkan pernah sia2.

Rehearsal studio is coming soon walau berapa lama pn masa yg diambil. Doakan kami. InshaAllah. 

Amin.

Terima kasih mak ayah,
Terima kasih suamiku,
Terima kasih Tuhanku.

Salam.