Monday, October 20, 2014

RABAK MATA BUNDAR

Hari ini aku berhibur
Berkongsi minat sama lagu
Aku perdendang tiap satu
Dalam suka mahupun duka
Maksud rangkap tiap baris
Aku mainkan untuk kau dengar

Aku kau puja, jiwa kau rase
Yang kau tahu aku penghibur
Gelak tawa atas pentas
Seperti semalam kau lihat aku disana
Harini dihujung dunia kita jumpa

Memijak kaki mencuri tumpuan
Masih belum lena walau seketika
Rabak mata bundak aku tak apa
Mampu ku sorok dibalik kaca
Kutahu ini ceritaku bila tua
Tidak lagi mampu berkongsi dipentas sana
Kalau dapat kau lihat aku,
Rabak mata bundar ku tak apa

Dalam ini lelah
Dalam ini meronta
Mahu aku luah tp pd siapa
Tak hirau bagimu
Hanya lagu kau mahu
Maka lirik ini kau hayati
Aku cuba bernyanyi dalam sepi
Buat kau yg tersayang
Hanya yg lalu akan mengerti
Hidup seni bukan mudah
Seperti kau lihat senyum itu


**Nama aku Lara, penghuni di benak hati gadis jembalang. Walau sering dibilang bimbang untuk sayang takut aku hilang, tak apa kerna ku tahu aku penghibur barunya. 

WithLove,
NFK

Wednesday, October 15, 2014

BONDA WIRA BETA

Bertongkatkan sakti diri kau gagahi
Berteriak dalam hati kau melangkah
Mencari sekepal rezeki buat kami
Tiada tercalit lemah gundah resah
Bonda, kau wira.

Terlena tidurmu menjemput dan menunggu.
Bukan sedetik masa datang menyinggah
Hari kian berlalu umur kau tambah
Masih memecah jerih hebatnya kau wanita
Oh Bonda, kau wira.

Yang sakit kau sembunyi dalam senyum
Yang letih engkau lindung
Yang kau fikir kami tak tahu
Besar jasamu oh bonda bertopeng kudrat dunia
Kasih mu tidak terbalas
Mendidik dan  membesarkan

Kaki lemah jalan tetap kau paksakan
Mata sakit tahan tetap kau senyumkan
Sabarnya engkau wahai insan
Bersemangat tak mampu ku bayang
Oh Tuhan terima kasih kau beri pinjam
Seorang insan pejuang
Bonda wira beta.





**Ayah bonda adalah satu dirinya. Mereka sama. Bonda seperti ayah. Ayah seperti bonda. Walaupun begitu selepas 3x ku bilang sayang bonda, baru ku bilang sayang ayah. konfius? Ayah bonda adalah sama. Aku ulang sekali lagi. Ayah bonda adalah sama. Bonda kau begitu istimewa. Maafkan aku si anak hina.

WithLOVE,
NFK

Tuesday, October 14, 2014

SAYAP

Dikala matahari benam kau semua terbang
Menyanyi berkicau lagu kau hilang dalam kelam
Dari satu tali ke tali lain kau pautkan
Berlawan angin melenggok tiap gerak

Aku tersenyum melihat bentuk kau cipta
Berhayun bodoh namun indah dimata
Sungguh cantik kau sempurna
Kecil kau sayang Tuhan reka

Betapa indah hidup bersayap
Bisa terbang tinggi ke awan
Betapa riang hidup sang burung
Bisa kau lari melintas laut

Hiduplah wahai teman
Terbang tinggi semahumu
Jangan berpaut lama pada yg tak sudi
Bimbang diri merosak sayap hati
Terbanglah kau tinggi walau jatuh hati retak






WithLOVE,
NFK

OH RUPANYA

Oh rupanya manusia itu datang silih berganti
Tiap satu mereka membawa rasa
Dan tiap rasa itu suatu kenangan
Baru aku sedar kenangan itu indah
Walau pahit payah perit ku tempuh

Oh rupanya yang datang mengetuk itu dipinjamkan
Betapa seketika utk ku pelajari jalan
Andai ku biar pintu terbuka
Maka hidup segala rasa menjiwa

Dunia seakan mahu aku melihat
Apa yang ada dibenak perutnya
Satu persatu kau pertonton dan kau buka mata buta
Hingga terdetik hati ini betapa indahnya bumi
Bukan hanya manusia silih berganti tapi alam ini
memaksa diri merasa tiap adanya Tuhan.
Oh rupanya.














**ponponthecat, betapa aku rindu membelai bengis kau.

With Love,
NFK